Tuesday, 26 April 2016

Cerita Penuh Histeria Dahsyat Yang Menyerang 3 Sekolah Dan Ratusan Pelajar Di Kelantan

Histeria, musimnya kini kembali!

Sedia maklum, baru-baru ini sebuah sekolah di Kelantan menjadi viral apabila ia terpaksa ditutup dan mendapat cuti peristiwa kerana berlakunya kejadian histeria yang melibatkan sejumlah pelajar yang begitu ramai
    • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 ditutup selama 3 hari bermula dari tarikh 14 April lalu kerana lebih 50 orang pelajar termasuk 8 guru telah mengalami histeria yang agak teruk.

      Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya minggu lalu, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

    • "Ia adalah bagi memberi peluang kepada pelajar terutama yang diserang histeria memulihkan semula semangat mereka. 

      "Kesempatan itu juga digunakan memulihkan keadaan sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan berjalan semula seperti biasa," katanya.

  • Menurut pengetua tersebut, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu untuk memeriksa kawasan di sekolah tersebut

    • Pengamal perubatan Islam tersebut memaklumkan kepada beliau bahawa terdapat beberapa kawasan yang didakwa 'keras' dan kini usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

      • DccaImage via www.kosmo.com.my
        Siti Hawa (pengetua) menunjukkan blok bangunan sekolah yang lengang berikutan kes histeria yang terjadi minggu lalu.
    • "Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir. 

      "Buat masa kini keadaan sudah semakin pulih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan terus kepada Jabatan Pendidikan negeri (JPN) termasuk menyambung cuti jika diperlukan," katanya.

  • Sinar Harian melaporkan kejadian terbabit dipercayai bermula selepas ada pelajar mendakwa melihat makhluk asing yang diyakini pocong, di dalam sebuah kelas kosong

    • Mangsa, Raja Nor Athirah 17, yang merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah berkenaan memberitahu, dalam kejadian tersebut dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan sebelum fikiran menjadi berserabut.

      Dia kemudiannya rebah dan meracau-racau sebelum 'berjangkit' kepada pelajar lain.
       says.com
    • "Mula-mula kedua-dua tangan kebas, selepas itu dunia rasa gelap dan serabut. Saya mula menangis sehinggalah guru-guru datang membantu," katanya ketika ditemui minggu lalu.
       
  • Bagaimanapun, setelah 3 hari ditutup, ternyata kejadian histeria di sekolah itu masih berterusan dan dikatakan masih parah

    • Pengamal perubatan Islam dan bomoh Cina juga dipanggil untuk meredakan keadaan. Selain itu, sesi bacaan al-Quran dan berdoa turut diadakan tetapi apabila sekolah dibuka semula Khamis lalu, histeria masih berlaku.

      Sementara itu, 17 April lalu, Harian Metro turut melaporkan di laman Twitter bahawa sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa.

    • Akhbar Harian Metro turut berkongsi sesi temu bual wartawan mereka bersama mangsa-mangsa yang telah diganggu.

  • #Mangsa 1: pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul, 15

    • "Ketika itu (Isnin) saya belajar dalam kelas, tiba-tiba terdengar pelajar menjerit dan ia seperti berjangkit kepada orang lain.

      Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semakin ramai meracau dan menjerit sebelum kami semua diminta berkumpul di surau sekolah.

      Tidak semena-mena saya berasa sangat takut dan jadi lemah. Saya juga ikut menjerit tidak berhenti sebelum menyedari ada guru dan rakan menenangkan.

      Saya ingat, dua kali saya diserang dan kali kedua pada Rabu. Ada rakan nampak lembaga hitam di kawasan kelas dan tandas perempuan, tapi saya tak nampak.

      Cuma saya merasakan ‘benda’ itu berada berhampiran dengan saya ketika itu. Tapi Alhamdulillah ustaz datang membantu dan saya semakin pulih."
       
  • #Mangsa 2: Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44

    • "Sebagai ibu sudah pasti saya terkejut selepas dimaklumkan anak diserang histeria.

      Sebaik dimaklumkan guru, saya terus ke sekolah untuk mengambilnya pulang, tetapi terkejut apabila lihat ramai pelajar dan guru menjerit.

      Takut juga, tapi keadaan anak lebih penting. Ketika saya menemuinya, dia semakin pulih selepas dibantu ustaz.

      Pada Selasa, saya bekalkan lada hitam kepada anak saya sebagai ‘pelindung’ selain berpesan kepadanya sentiasa membaca ayat suci al-Quran dan menjaga kelakukan.

      Cuma pada Rabu, dia sekali lagi diserang, sekali gus membuatkan saya semakin resah. Mujur ia tidak seteruk kejadian pertama.

      Harapan saya pihak sekolah dapat lakukan sesuatu supaya perkara sama tidak berulang kerana ia boleh mengganggu pelajaran pelajar di sekolah berkenaan.

      Saya yakin sekolah akan buat yang terbaik dan berharap sesi persekolahan Ahad ini berjalan seperti biasa."

      • 64a1Image via www.hmetro.com.my
        Nik Nor Awadah (kanan) bersama ibunya Nik Sunizan Nik Shafik.
  • #Mangsa 3: Guru Pendidikan Jasmani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria

    • "Selepas cuba menenangkan seorang pelajar yang histeria di tingkat empat, saya rasa tidak sedap hati sebelum tangan tiba-tiba menjadi berat.

      Serentak itu kelibat lembaga hitam tiba-tiba melintasi pandangan dan saya terasa seperti ditarik. Saya segera membaca ayat Kursi dan tidak lama kemudian ‘dilepaskan’.

      Saya tidak menjerit, tetapi tiba-tiba hati saya sedih sangat dan menangis. Ini pengalaman pertama saya melalui kejadian begini."
       
  • #Mangsa 4: Guru Kimia SMK Pengkalan Chepa 2 Kamariah Ibrahim, 48, yang hampir dirasuk

    • "Ketika menenangkan pelajar, saya terasa seperti ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan saya.

      Saya tiba-tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.

      Saya tidak meracau, tapi menangis tidak berhenti selama sejam ketika terdengar surah Yassin sebelum tenang kemudiannya."

  • Belum pun reda dengan kejadian histeria di sekolah itu, hari ini dilaporkan tiga lagi sekolah di daerah terbabit mengalami nasib yang sama dan salah seorang mangsa ternampak kelibat lembaga hitam berbulu

    • Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 (SMKPC 1), Sekolah Menengah Kebangsaan Kemumin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 yang mana melibatkan hampir 30 pelajar termasuk seorang guru.

    • Dikatakan kejadian terbabit berlaku sekitar jam 11 pagi selepas waktu rehat, dan ada pelajar di salah sebuah sekolah terlibat mendakwa ternampak kelibat lembaga hitam melintas selepas pergi ke tandas.

      Menurut seorang pelajar tingkatan lima SMKPC 1, dalam kejadian kelmarin, hampir enam pelajar perempuan tingkatan satu dikatakan menjerit selepas ternampak ‘lembaga hitam'.

      “Mereka juga ada kata lembaga itu berwajah hodoh dan berbulu dan mereka turut meracau-racau selepas melihat lintasan jelmaan itu.

      “Saya juga pernah merasai pengalaman diserang histeria ketika tingkatan satu dan tiga di sekolah SMKPC 2, namun kini selepas bersekolah di SMKPC 1, gangguan itu beransur hilang,” katanya ditemui semalam.

    • Namun, menurut Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Che Abdullah Mohamad, walaupun serangan histeria itu berlaku di sekolah terbabit, ia masih terkawal.

  • Jadi apakah sebenarnya histeria ini?

    • Histeria adalah satu jenis gangguan dari kuasa luar iaitu makhluk halus. Ia seringkali menjadi perdebatan dalam sejarah dunia perubatan kerana usaha mengenal pasti punca histeria banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.

      Sesetengah budaya melihat punca histeria ada kaitannya dengan kemasukan dan gangguan kuasa luar. Pandangan lain pula mengaitkan histeria dengan gangguan seksual dan spiritual, selain daripada faktor gangguan tubuh badan dan minda.

  • Tetapi mengapa histeria sering 'menyerang' kaum hawa?

    • Ini tidak menghairankan kerana perkataan histeria itu sendiri berasal daripada perkataan hystron, yang bermaksud rahim wanita. Kedudukan rahim dalam tubuh wanita boleh mempengaruhi emosi dan minda.

      Pada zaman pertengahan, penyakit histeria dikaitkan dengan unsur-unsur gangguan hantu atau makhluk halus, permainan ahli sihir dan juga sikap fanatik sesetengah ahli agama. Kemudian ia dikaitkan dengan penyakit wanita.

      Histeria juga dilihat sebagai satu bentuk kecelaruan neurotik yang lazimnya bermula di peringkat remaja dan awal dewasa dan lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki

Tuesday, 19 April 2016

Tidak Disangka Air Rebusan Jagung Boleh Mengubati Darah Tinggi Diabetes Dan Merawat Buah Pinggang


Air rebusan jagung sebenarnya berguna untuk merawat beberapa jenis penyakit, salah seorang daripada mereka adalah untuk mengubati tekanan darah tinggi / tekanan darah tinggi, kencing manis, merawat batu karang, batu karang menyembuhkan tekanan, dan untuk menghentikan tabiat kencing malam kanak-kanak.
1. Air rebusan jagung untuk mengubati tekanan darah tinggi
Bahan ini 5-7 diperlukah tongkol jagung muda dan 1 segelintir jagung sutera
Semua bahan yang direbus dengan air untuk 110 ml
Tekanan jagung kuahnya, dan minum setiap hari selama 7 hari.
2. Air rebusan jagung untuk pesakit kencing manis
Rebus jagung tanpa mengeluarkannya dari pihak pemegang dan ia mengiktiraf taman kegunaan
Selepas minuman jagung memasak air masak dengan kerap sebanyak dua hingga tiga kali seminggu
Dengan ketekunan, anda akan berasa keputusan.
3. Air rebusan jagung berhenti kencing malam dalam rutin kanak-kanak
Bahan-bahan yang diperlukan 1 segelintir jagung sutera
Tuangkan minuman 1 cawan jagung dan jagung sutera teh sebelum tidur.
Elakkan penggunaan berlebihan jagung sutera, kerana membebaskan jagung rambut mengurangkan tekanan darah dengan menarik tempoh yang singkat.
4. Air rebusan jagung untuk merawat tekanan batu karang
Bahan diperlukah 4 tongkol jagung, jagung sutera dan meninggalkan 1 segelintir segar 8 keping porselin Keji.
Semua bahan-bahan yang direbus di dalam air 110 ml
Tekanan jagung kuahnya, dan minum setiap hari.
Apabila batu karang telah dikeluarkan (dalam bentuk buih, manik atau batu-batu kecil), berhenti penyembuhan.
Kemudian teruskan dengan herba dari misai kucing herba dan meniran.
Langkah-langkah untuk membuat, tuangkan mendidih daun misai kucing dan 30 gr meniran daun dengan air panas, kemudian minum air.
5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu karang
-Bahan Diperlukah The jagung cob muda 5 dan misai 5 g herba kucing segar.
Bahan sepenuhnya direbus dengan air 110ml.
-Saring Sup jagung dan minum setiap hari selama 2 minggu.

Monday, 18 April 2016

HATI MATI


Bila hati rasa kosong, rasa tak tenang, rasa gelisah, rasa tak tenteram...
Ganggam tangan, istighfar, urut dada,,,
Tanya pada hati,
"Apa khabar wahai hati?"
Kemudian berwuduk dan solatlah. Cari Allah.
Boleh jadi jiwa rasa kosong disebabkan maksiat yang kita lakukan.
Kembalilah pada Allah. Doa agar diberikan ketenangan dalam jiwa.

CREAM CHEESE CRACKER (cheesekut)


Foto Jom Belajar Buat Biskut.




















Bahan2:

Cream cheese
Biskut cracker
Susu pekat
Susu dutch lady full cream

Cara-caranya:-

~Putar cream cheese bersama susu pekat hingga sebati dgn menggunakan hand mixer.Kemanisan ikut citarasa masing2.
~Rendam biskut cracker kedalam susu full cream hingga sedikit lembut.
~Susun biskut kedalam loyang @ apa saja bekas yg kita suka.
~Selang -selikan dgn cream cheese dan ulang hingga semua bahan habis
~Pastikan bahagian atas sekali adalah cream cheese
~Jika suka bole tabur nestum @ apa sj yg kita nak.
~Simpan dlm peti sejuk@freezer beberapa jam sebelum dipotong.

KAWAN BAIK VS KAWAN TAK BAIK

Hari ni, ramai yang ada BFF masing-masing. Bestfrienf forever. Tapi, masalahnya ialah, ramai yang SALAH MEMILIH kawan baik. Ramai orang menjadikan kawan yang jahat sebagai kawan baik dia, dan kawan yang baik di jauhi.
Dalam bab memilih kawan ni, islam amat tekankan. Hatta ada banyak hadis yang menekankan isu pemilihan kawan. Salah pilih kawan, habis hancur diri kita.
"Kawan yang baik ialah kawan yang bila kita buat baik, dia support. Bila kita buat jahat, dia tegur.."
Masalahnya hari ni, bila ada orang tegur kita bila kita buat salah, kita benci dia, kita jauhi dia, kita kata dia bajet alim, kita kata dia kacau tepi kain kita, kita kata dia poyo, pastu kita salahkan dia dengan kata kat dia:
"Kalau kalau nak tegur aku, tengok diri kau dulu. Kau tak amal, tak payah bajet nak tegur aku..."
"Kau tegur hikmah la sikit!!"
"Kau tak payah nak gelabah sangatla. Syadid la kau ni. Semua benda salah, semua benda tak boleh, semua benda haram. Kau je la yang betul. Islam tu mudah!!"
Apala masalah kita ni sebenarnya?! Tak boleh terima teguran, lepas tu salahkan orang yang tegur kita.
Dan, kita lebih suka berkawan dengan kawan yang tak tegur kita, bahkan se"geng" dengan kita.
Kalau kita kaki drama korea jepun kpop bagai, kita suka berkawan dengan kaki korea jepun kpop jugak. Pastu layan sama-sama kata bilik, nangis sama-sama.
Kalau kita kaki couple, ikhtilat bagai, kita akan kawan dengan kawan-kawan yang suka sembang pasal crush, sembang pasal cinta, awek, pakwe bagai.
Kalau kita kaki porno, kita suka lepak dengan kaki porno jugak. Pastu sembang benda-benda lucah.
Kalau kita kaki game, kita suka lepak dengan kaki game, main dota sampai dua tiga pagi, pastu tak tahajud, subuh gajah.
Ingat kata-kata saya:
"Kita akan suka duduk dengan orang yang sama jenis dengan kita..."
Orang jahat akan suka duduk dengan orang jahat.
Orang baik akan suka duduk dengan orang baik.
Kalau kita suka baca quran, minat agama, kita akan suka duduk dengan orang-orang yang suka quran dan sembang tentang agama.
Kalau kita suka buat dakwah, kita akan duduk dengan orang yang minat dakwah, sembang pasal dakwah, nangis pasal dakwah.
Kalau kita suka ikut tarbiah, usrah semua, kita akan duduk dengan kawan seusrah, berukhwah, tidur bersama, musafir bersama dan sebagainya.
Kalau kita minat nasyid, kita akan duduk dengan orang-orang yang minat nasyid, hafal banyak nasyid, buat show sama-sama, jamming sama-sama.
***
Sebab tu, kalau nak tahu diri kita baik ke jahat, lihatlah dengan siapa kita berkawan. Kalau kita suka berkawan dan bersahabat dengan kaki maksiat, bermakna kita pun suka bermaksiat. Begitulah sebaliknya.
Kerana itu nabi pernah bersabda bahawa "kawan ada cermin bagi diri kita".
Nabi tak berkawan dengan Abu Jahal, nabi tak berkawan dengan Abu Lahab. Nabi berkawan dengan Abu Bakar, Umar, Uthman Ali.
NAMUN, tak bermakna kita perlu sisihkan orang-orang yang bermasalah. Kita perlu DAKWAH MEREKA.
***
Ada orang tanya saya:
"Ustaz, macamana nak tegur kawan baik saya? Saya takut bila saya tegur dia, dia terasa..."
Saya jawab:
"Itu bukan kawan baik. Kalau kau kata kau kawan baik dia, kau takkan takut nak tegur dia, sebab kalau betul kawan baik, bila kau tegur, dia akan berlapang dada dengan teguran. Sebab bukti ukhwah ialah saling tegur menegur. Ni, kalau nak tegur pun takut, maknanya ukhwah korang selama ni PALSU..."
Wallahua'lam.
Pilihla kawan yang baik.
Tegurlah kawan korang, supportlah dia ke arah kebaikan.

Cara nak tegur kawan tanpa dia terasa?


Bismillah.

Saya banyak kali dapat soalan macam ni:

“Ustaz, macamana nak tegur kawan kita, pada masa yang sama, dia tak terasa? Saya takut nak tegur kawan saya, takut-takut, dia akan jauhkan diri dia dari saya…Huhu..”

Hmm..

Saya kira, ramai di kalangan kita takut nak menegur kawan, takut nak buat dakwah, takut nak post dan twit benda baik kat media sosial, sebab takut orang terasa, takut orang kutuk, takut orang benci, takut orang pulau kita dan sebagainya. Sungguh, ramai sangat yang fikir macam ni, yang mana akhirnya, akibat dari “perasaan takut” ini, ramai sangat yang tinggalkan dakwah, lalu, akhirnya hanyut di buai nafsu, terpengaruh dengan kawannya yang buat dosa dan maksiat.

Jadi, apakah penyelesaian tentang perkara ini?

Yelah, kita semua pun tahu, dakwah tu hukumnya WAJIB. Kita layak tak layak tu lain cerita. Actually, kalau kita ni ISLAM, kita dah di kira layak untuk dakwah. Isu amal taka mal, cakap tak serupa bikin dan yang sama waktu dengannya, saya dah ulas panjang lebar dalam buku Tarbiah Sentap 1, dalam bab 4.

Kali ni, saya nak terangkan secara detail tentang isu “dakwah tanpa orang terasa”, step by step. Saya harap sangat, korang boleh dapat manfaat, faham secara lumat, dan moga ianya membuatkan korang rasa berani dan kuat!

Jom kita hayati, amati, fahami, satu per satu.

HAKIKAT , SUNNAH DAN ASAM GARAM DAKWAH

Saya akan ulas subtopik ni dalam bentuk point. Take note satu persatu ye:)

1) DAKWAH ITU MEMANG AKAN MEMBUATKAN ORANG TERASA.

“Ha? Apa? Biar betul?!”

Ye. Betul.

Memang bila kita menegur, orang yang di tegur akan terasa. Percayalah. Korang pernah kena tegur tak? Korang terasa tak dengan teguran tu? Komfem korang terasa punya. Jangan tipu diri sendiri.

Kenapa terasa?

Saya bagi perumpamaan mudah untuk korang boleh faham.

Bayangkan, kalau bilk tidur korang gelap sebab korang tutup lampu nak tidur. Tiba-tiba, ada kawan korang masuk bilik korang dan bukak lampu. Mesti mata korang akan sakit kan? Sebab dah lama duduk dalam gelap, tiba-tiba ada cahaya masuk. Sakit kot mata…

Tapi, sakit tu sekejap je. Lama-lama, mata kita akan normal balik. Dalam subjek sains ada ulas topic ni. Cuba ulangkaji. Hehe..

Anyway, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?

Actually, kegelapan tu ibarat dosa. Dan cahaya lampu tu ibarat teguran kita. Awal-awal, bila kena tegur, memang hati kita akan sakit, kita akan terasa, sebab kita dah lama buat dosa(kegelapan), lepas tu orang tegur(cahaya), kita akan terasa lain macam.

TAPI, kalau kita rasional, dan tak ego, kita akan terima teguran tu. Walaupun yang tegur tu ialah orang yang paling kita tak suka. Sebab, kita jangan pandang orang yang menegur, tapi, pandanglah apa yang di tegur.

So, nak buat macamana??

Bila kita tegur dengan cara lembut ke, cara tegas ke, orang akan tetap terasa. Percayalah. Tapi, yang membezakan orang beriman dengan orang yang tak beriman ialah bagaimana respon kita setelah di tegur.

a) Orang beriman, dia akan mengambil manfaat dari teguran tu.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman…”
(Az-Zariyat: 55)

b) Orang Kafir takkan terima teguran tu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama sahaja, kamu menegur mereka atau kamu tak menegur mereka, mereka takkan beriman….”
(Al-Baqarah: 6)

c) Orang munafiq pulak, dia pura-pura terima, tapi hati mereka menolak, lepas tu kutuk belakang.

وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكْمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman’. Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka(para pemimpin, rakan dan lain-lain), mereka berkata: ‘Sesunggunya kami bersama kamu(orang beriman) hanyalah olok-olok sahaja…”
(Al-baqarah: 14)

So, kesimpulannya, orang terasa dengan teguran kita tu adalah fitrah, normal, dan tak boleh di elak.

Jangan sedih.

2) DAKWAH ITU PASTI ADA TENTANGAN

Pertama, saya nak nyatakan secara terus terang bahawa:

“Dakwah pasti dan pasti akan mendapat tentangan”.

Sungguh saya kata. Percayalah.

Tak percaya?

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Nuh bukan? Macamana nabi Nuh dakwah pada umatnya, selama 950 tahun, tapi, umat nabi nuh bukan takat tak ikut nabi Nuh, tapi nabi Nuh di caci maki, di hina, di pulau, di boikot, di jauhi, di benci, di perkecilkan dan sebagainya. Dan lebih menyedihkan, isteri dan anak nabi Nuh pun turut sama menjauhi nabi Nuh!

Cuba korang bayangkan, rasa-rasa apa perasaan nabi Nuh?

Sungguh, nabi nuh rasa sedih, hatinya pedih, nabi nuh menangis, merintih, bahkan, kadang, nabi nuh rasa putus-asa. Cuba korang salami perasaan nabi Nuh, cuba korang amati luahan hati nabi nuh dalam surah Nuh. Hayati!

Nuh berkata:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًا
“Ya tuhanku, sesungguhnya, aku telah menyeru kaumku siang dan malam!”

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلاَّ فِرَارًا
“Tetapi, seruanku itu tidak menambahkan iman mereka, bahkan mereka lari dari kebenaran!”

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
“Dan, sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinganya(tutup telinga), dan menutup mukanya dengan baju, dan mereka mengingkari serta menyombongkan diri….”

(Nuh : 5 hingga 7)

Serius. Bila saya baca surah Nuh ni, saya agak sebak. Nabi Nuh dakwah 950 tahun kot, siang dan malam kot! Lepas tu kena kutuk gila-gila. Tapi, baginda tetap kuat, tetap teguh menyampaikan kebenaran! Kita, kena kutuk sikit, kita down. Kita terus rasa give up, tak nak dakwah. Kita rasa tak mampu, kita rasa geram dengan orang yang tak terima teguran kita.

Tapi, kenapa kita tak nak bandingkan diri kita dengan nabi Nuh? Kalau nabi Nuh mampu kuat, kenapa kita tak boleh?

Hmm..

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Ibrahim kan? Macamana nabi Ibrahim usaha untuk memahamkan umatnya supaya tak sembah berhala, macam-macam cara baginda lakukan untuk menyeru umatnya. Akhirnya, nabi Ibrahim hancurkan berhala-berhala tersebut. Tahu apa jadi selepas itu?

Nabi Ibrahim kena marah dengan ayahnya sendiri, kena maki hamun dengan umat dia, dan nabi Ibrahim telah di bawa di khalayak ramai, dan telah di campakkan dalam API yang sangat besar, panas dan luas, sehingga mereka nak campak nabi Ibrahim kata pi tu, terpaksa kena guna lastik dari jauh, sebab bahang api tu terlalu panas!

Adakah nabi Ibrahim putus asa dan takut untuk terus sebarkan dakwah?

Tidak!

Kita ni, kena-kena kutuk pun, takdelah sampai kena campak dekat api. Paling-paling pun kena bantai, kena bash dengan haters. Kalau kita rasa nak down, cuba bandingkan diri dengan nabi Ibrahim. Kalau nabi Ibrahim mampu kuat, takkan kita tak boleh?

Huh..

Korang mesti pernah tahu, kisah Nabi Isa. Bagaimana kaumnya telah mengejar dan memburu nabi Isa untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa adalah nabi yang termiskin. Tiada rumah, hidup sebatang kara. Lantaran kemiskinan itu, kaumnya memandang rendah akan diri baginda. Mereka nak bunuh nabi Isa! Sehingga nabi Isa lari, lari dan lari, seterusnya menyorok di belakang pokok, menyelamatkan diri.

Kita ni, takdelah sampai orang kejar kita nak bunuh kita. Kalau kita rasa down, cuba bandingkan diri kita dengan nabi Isa. Bandingkan. Kalau nabi Isa mampu untuk kuat dan tak putus asa, mengapa tidak kita?

Huh…

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Musa kan? Macamana nabi Musa dan pengikutnya di buru oleh Firaun, Firaun nak bunuh mereka! Di kejar habis-habisan, sampai pengikut nabi Musa dah ragu-ragu!

“Betul ke ajaran nabi Musa ni betul? Kalau betul, kenapa kita di benci sebegini teruk??’

Mereka di kejar oleh tentera Firaun, yang mana akhirnya, nabi Musa dan pengikuntnya tersekat di sebuah laut. Tiada jalan keluar, kalau nak mara ke hadapan, lemas di lautan. Kalau nak patah balik, mati di bunuh tentera Firaun yang lengkap bersenjata.

Tapi, akhirnya, Allah perintahkan nabi Musa untuk pukul laut tu dengan tongkat, lantas terbelah la laut tersebut, dan nabi Musa serta pengikutnya dapat laluinya dengan selamat!

Selepas peristiwa tu, nabi Musa pergi ke bukit tursina selama 40 hari. Setelah 40 hari, tika nabi Musa kembali ke halamannya, alangkah terkejutnya nabi Musa, pengikutnya semua telah murtad dan menyembah sapi betina!!! Nabi Musa sangat sedih, sangat marah. Mana taknya, Allah dah tunjukkan kebesaranNya dengan membelah laut, tapi, kaumnya masih boleh lagi berpaling dari Allah…

Agak-agak apa perasaan kita, bila kita dah dakwah seseorang, seseorang tu dah jadi baik, tiba-tiba, suatu hari, bila kita jumpa orang tu, dia jadi teruk semula dan lupakan segala kebaikan yang kita dah buat kat dia. Mesti kita pedih bukan??

Tapi, kalau nabi Musa boleh kuat, kenapa kita tak boleh?

Isk isk…

Korang mesti pernah dengar kisah Nabi Muhammad bukan? Time di fasa mekah, bagaimana awal-awal, nabi naj ajak penduduk mekah kepada Allah. Nabi Muhammad di pulau, di seksa, di cerca, di tuduh gila, di tuduh ahli sihir, di tuduh pemecah belah umat, di tuduh kena rasuk jin, di benci begitu sekali. Sehingga kaum quraisy ketika tu amat benci siapa-siapa yang ikut nabi Muhammad.

Sumayyah di sula sampai mati!

Keluarga Yasir di seksa sampai mati!

Bilal b Rabah di seksa di atas padang pasir yang panas, dan di letakkan batu yang besar di atas badannya!

Khabbab Al-Arat di pakaikan baju besi, kemudian di panggang di atas bara api, sehingga baju besi tersebut menjadi panas, menggelegak, sampai kulit daging beliau terkeluar, dan lemak-lemak dagingnya telah memadamkan bara api tersebut!

Abu Bakar di bantai, di pukul, sehingga mukanya tak dapat di cam oleh orang ramai lantaran bengkak, lebam, dan luka berdarah di seluruh tubuh badannya!

Sehingga, sahabat meluahkan rasa sedih, pedih, kecewa dan sengsara mereka pada nabi, mereka hampir putus-asa, lantas Allah berfirman untuk menjawab segala kekecewaan mereka:

“Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepadamu ujian seperti yang di alami oleh orang-orang terdahulu daripadamu? Mereka di timpa kemelaratan, penderitaan, dan di goncang dengan pelbagai ujian, sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata; ‘Bilakah pertolongan Allah akan hadir?!!” Ingatlah, bahawa, pertolongan Allah itu amatlah dekat….”

(Albaqarah: 214)

Kenapa saya cerita semula kisah-kisah ini?

Supaya kita sedar, bahawa asam garam dakwah ialah, kita akan mendapat tentangan. Maka, kalau mereka semua mampu untuk bertahan dan setia dengan kebenaran hingga saat akhir, mengapa kita tak boleh?

Saya yakin, kita semua mampu!

3) DAKWAH MEMBUATKAN KITA DI AKAN HILANG KAWAN.

Cuba korang hayati kata-kata seorang tabien yang bernama Uwais Alqarni rahimahullah. Beliau berkata:

إن الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر لم يدعا للمؤمن صديقا۔ نأمرهم بالمعروف, فيشتمون أعراضنا, ويجدون في ذلك  أعوانا من الفاسقين, حتي والله لقد رموني بالعظائم, وأيم الله, لا أدع أن أقوم فيهم بحقه

“Sesungguhnya, melaksanakan kewajipan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu akan menyebabkan orang beriman itu tidak mempunyai kawan. Apabila kita mengajak mereka kepada kebaikan, maka mereka pun akan mencela kehormatan kita, dan mencari penyokong di kalangan orang yang fasiq (untuk melakukan kerosakan kepada kehormatan diri kita.

Sesungguhnya demi Allah! Mereka telah menuduhku dengan pelbagai tuduhan yang dahsyat. Namun, demi Allah juga, aku sama sekali tidak akan meninggalkan untuk menegakkan (amar makruf nahi munkar) kepada mereka dan kewajipannya!”

(Kitab Al-I’tishom, Imam Al-Syatibi)

Cuba korang perhatikan. Kalau korang nak tahu, Uwais Alqarni adalah penghulu para tabien, salah seorang wali Allah yang mahsyur, banyak riwayat yang menyatakan kelebihan beliau. Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi. Akan di tuduh, di buka aib, di ungkit silah silam dan sebagainya.

Tapi, takkan nak putus-asa pulak? Jangan. Ingat, ingat:

“Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi…”

Kan?

4) TAK SEMUA ORANG AKAN TERIMA DAKWAH KITA.

Ni pun kita kena perhatikan secara teliti, secara lumat, secara mendalam.

“Tak semua orang akan terima dakwah kita!”

Kadang-kadang, kita nak semua orang terima apa yang kita cakap, kita nak semua orang terima cara kita, kita nak semua orang berubah dengan dakwah kita. Lepas tu, bila ada orang yang tak berubah, bila ada orang tak terima, bila ada orang jauhkan diri, kita rasa stress, tertekan, tension.

Sebab apa?

Sebab kita ingat semua akan wajib terima cara dan dakwah kita, dan kita tak boleh terima bila ada orang tak terima kita. Lepas tu kita down..

Rileks dan bertenang.

Kita ni bukan tuhan. Kita bukan Allah.

Yang bagi hidayah pada manusia bukanlah dengan teguran kita, kata-kata kita, tulisan kita dan sebagainya. Tapi, yang bagi hidayah ialah Allah!!

Mungkin seseorang tu tak boleh berubah dengan cara kita, tapi dia boleh berubah dengan cara orang lain.

Sebab tu, bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain.

Saya ulang:

“Bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain…”

Ini tak. Ada segelintir kita, bila orang tak boleh terima teguran dia, dia terus maki hamun, menghina orang tu dengan pelbagai penghinaan dan caci maki, seolah-olah orang tu takde harapan untuk berubah. Apakah?!

Jangan macam tu kawan.

Ingat…

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tak dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, tetai Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki…”
(Al-Qasas: 56)

Kerana itu, banyaklah berdoa pada Allah agar memberi mereka hidayah, dari asyik memaki hamun orang yang tak nak terima dakwah kita.

Lagi satu, ada di kalangan kita, di sebabkan nak SEMUA orang terima dakwah dia, maka diapun melonggarkan agama, dia tak berani nak cakap yang haram tu haram, bahkan sampai satu tahap, dia menghalalkan yang haram hanya semata-mata nak kelihatan “terbuka”, dan supaya di terima ramai. Untuk orang-orang yang macam tu, cuba korang hayati kata-kata ini:

رضا الناس غاية لا تدرك
“Keredhaan manusia ialah matlamat yang tak mungkin akan tercapai..”
(Imam Syafie)

Kita takkan boleh buat semua orang terima kita. Percayalah. Sebab tu, kita jangan buat dakwah untuk nak dapat like, nak ramai followers dan nak semua orang suka.

Biasala tu orang tak terima. Hayati juga kata-kata seorang ulama’ salaf:

الناس أعداء ما جهلوا
“Manusia itu memusuhi apa yang dia tidak tahu..”

Namun redha Allah itu yang aku cari...

وفي رضا الله كفاية عن رضا كل أحد
“Pada keredhan Allah itu ada kecukupan daripada mengharap kepada redha sesiapa pun…”

Burulah redha Allah. Bukan redha manusia.

***

BEBERAPA SKILL DALAM DAKWAH

Setelah kita tahu beberapa hakikat dan asam garam dalam dakwah, saya nak kongsi pada korang semua, beberapa skill dalam dakwah, agar, dakwah kita ini mudah di terima(walaupun tak semua akan terima).

Sebab sometimes, ada orang, memang dakwah dia takde orang terima langsung. Sebagai pendakwah, kita kena sentiasa koreksi diri setiap kali dakwah kita tak di terima.

Sebenarnya, dakwah ni tak semata-mata MENEGUR. Sometimes, nak dakwah ni, kita tak perlu nak tegur sangat pun, orang boleh berubah. Macamana?

Sebelum kita nak dakwah seseorang, kita kena berkenalan dengan dia, kena rapat dengan dia, kena dekati dia. Janganlah tak pasal-pasal, datang kat dia, terus tegur. Contohnya, ada couple, kita nampak, terus kita datang kat dia dan kata:

“Apa korang ni couple-couple… Janganla couple. Tak elok!”

Cara ni memang agak tak berkesan. Walaupun kadang-kadang berkesan.

Tapi, apa yang sepatutnya kita buat, kalau kita ada kawan yang kaki couple, atau kaki rokok, atau kaki drama dan movie, atau apa-apa lah, sebelum kita nak tegur, kita kena kenali diri dia dulu.

Dalam step pertama ni, antara benda yang korang boleh buat ialah:

a) Berkenalan dengan dia. Tanya nama, asal usul, tempat tinggal, atar belakang family, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, dan sebagainya. Bila kita dah kenal, barulah kita boleh tahu apa punca dia bermasalah. Mungkin ianya berpunca dari keluarga, atau kewangan dia tak stabil, atau pelajarannya teruk, dan apa-apa masalah, yang mana ianya membuatkan dirinya tertekan lalu terjebak dalam maksiat. So, dari situ, kita boleh dekati dia.

Kan?

b) Jalan-jalan dengan dia. Ajakla dia jalan-jalan, main bola sekali, atau shopping sekali, atau pergi program sekali, atau jogging sama-sama, musafir pergi laut atau sungai sama-sama. Bila kita musafir sama-sama, dari situ kita boleh tengok karakter kawan kita secara dekat. Time dia penat macamana sifat dia, time dia marah macamana diri dia, time masa kosong apa dia buat, kita boleh tengok dia concern atau tak dengan waktu solat, dan sebagainya. Sebab tu Umar Alkhattab kata:

“Jika kamu ingin mengenali kawanmu, maka, makanlah dengannya, tidurlah dengannya, dan bermusafirlah dengannya…”
(Umar Alkhattab)

c) Bagi hadiah. Korang kenalah buat kawan korang tu rasa di hargai. Bagi dia hadiah, belanja dia makan, gembirakan dia, hargai dia, puji kebaikan yang dia buat. Sebab kadang-kadang, orang rasa tak nak berubah sebab dia rasa tak di hargai. Dia rasa semua orang benci dia. Tapi bila korang menghargai kebaikan yang dia buat, di situ hati dia akan tersentuh, akan lembut, dan akan senang terima kebenaran.

d) Dengar luahan dia. Sometimes, kita asyik tegur, tegur, tegur je kawan kita. Tapi, kita tak pernah nak dengar luahan masalah dia. Kita marah bila dia tak nak dengar cakap kita. Tapi kita pulak tak nak dengar luahan dia. Sometimes, ada benda yang dia nak cerita kat kita. So, dengar. Dengar luahan dia, dengar masalah dia, kalau dia nangis, fahamilah perasaan dia, pujuk dia, support dia, bagi dia semangat. Jadilah pendengar yang setia!

e) Tegur dan bimbing dia. Bila dia dah luahkan masalah, barulah korang tegur dia. Dan, jangan takat tegur, tapi, BIMBING dia. Dari awal dia nak berubah, sehingga saat akhir, kita bimbing dia, step by step, slowly slowy.

f) Tackle satu-satu isu. Mulakan dengan cerita pada dia tentang iman, supaya dia rasa bahawa Allah itu dekat dengannya, Allah itu maha penerima taubat. Cerita kat dia tentang Allah, kebesaran Allah, kasih-sayang Allah, pengampunan Allah, maha pengasihnya Allah.

Kemudian baru tackle isu IBADAH. Ajar dia SOLAT, kemudian ajak dia solat awal waktu, kemudian ajak dia solat jemaah, ajak dia pergi masjid dan surau, kemudian, ajak dia pergi MAJLIS ILMU, dengar kuliah, ajak ikut usrah, dengar ceramah, kita bagi dia buku-buku agama.

Kemudian, bila dia dah rapat dengan kita, dan hatinya dah subur dengan iman dan ibadah, barulah kita suruh dia tinggalkan jahiliah yang dia buat. Couple ke, rokok ke, video lucah ke, drama movie ke, apa-apalah. Bila hati dah ada iman, baru dia akan rasa teguran tu BERMANFAAT untuk dia.

Lalu, setelah dia dah dapat tinggalkan jahiliah, kita explain pula pada diri dia tentang DAKWAH. Tanam dalam diri dia kepentingan dakwah, kewajipan dakwah, ajak dia dakwah sama-sama, dan akhirnya, dia akan jadi pendakwah macam kita juga, bahkan lebih baik insyallah!

Akhirnya, kena tengok keadaan juga. Teguran umum berbeza dengan teguran khusus. Step yang saya tunjuk di atas ini adalah untuk teguran khusus, face to face.

Hatta perkara inilah yang di lakukan oleh Rasulullah bila nak islamkan Bilal bin Rabah.

Nabi setiap hari datang kat tempat Bilal, dan buat kerja-kerja Bilal(kita pun tahu, Bilal ni hamba, dan kerjanya amat berat), tapi, nabi buat semua kerja-kerja Bilal. Setiap hari!! Sampai satu masa, Bilal tanya nabi:

“Wahai Muhammad, kenapa kau buat semua kerja-kerja aku setiap hari? Apa yang kau inginkan daripada aku?”

Lalu, nabi menjawab:

“Aku nak kau masuk islam….”

Terus Bilal ‘cair’, dan on the spot, Bilal masuk islam!!

Hebatkan nabi?

Subhanallah. Sebab tu kita kena cuba tiru nabi.

Adapun teguran umum, seperti ceramah, talk, penulisan buku, twitter, blog, FB dan sebagainya, terpulanglah dengan cara masing-masing. Asalkan bertepatan dengan Alquran dan sunnah. Boleh rujuk kisah nabi mengumpulkan kaum quraisy dan mengajak mereka masuk islam, tapi takde sorangpun terima, bahkan nabi di cerca oleh Abu Lahab. Pada masa yang sama, ada juga yang menerima.

***



KESIMPULAN

Akhir sekali, dalam dakwah ni, dalam menegur ni, kita janganlah cepat mengalah. Sentiasalah check diri masing-masing.

Saya sendiri bila buat Tarbiah Sentap ni ada orang kata saya bodoh, orang kata saya bangang, orang kata saya sesat, orang kata saya syadid, jumud, pemikiran sempit, orang kata saya babi, orang kata saya sial, orang perli dan perlekeh, orang kata dakwah saya tak relevan, orang kata saya ni menjauhkan orang dari islam, orang suruh saya delete akaun Facebook dan twitter, orang bash saya, biasala tu.

Sedih memang sedih. Tapi sebenarnya, best jugak bila ada orang kutuk. Kenapa?

Sebab bila ada orang kutuklah, kita akan rasa yang kita ni sebenarnya hina, lemah tak berdaya, tiada apa-apa kelebihan. Barulah kita rasa rendah diri pada Allah, rasa feel bila doa dan sujud. Kalau asyik di puji je, kita akan lupa diri. Sebab tulah, Allah hantar orang untuk kutuk kita supaya kita tak lupa diri!

Allah nak dengar rintihan dan tangisan kita.

Pada masa yang sama, saya dapat puluhan ribu emel, juga ribuan soalan di Facebook, ramai orang yang mengatakan dia rasa semangat nak berubah lepas baca tulisan saya, bagaimana Tarbiah Sentap memberi inspirasi pada diri dia, dan macam-macam soalan orang nak berubah dari kes sedahsyat nak murtad, dah terlanjur, ketagih video lucah dan onani, gay lesbian, sehingga isu rumah tangga, penceraian, derhaka, isu ukhwah, persahabatan, isu fiqh, dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Nak kata, dakwah ni, akan ada orang terima dan akan ada orang tak terima. Itulah fitrah. Janganlah kita down kerana memikirkan kutukan orang pada kita. Sebab, kita dakwah tujuannya bukannya untuk mendapat pujian.

Imam Ahmad dakwah, sampai semua orang anggap dia sesat, dan dia telah di penjarakan oleh Khalifah di zamannya, tetapi, akhirnya, kebenaran itu tetap kebenaran, walaupun satu dunia menolaknya.

Akhir kata, bila kena bash, nasihat saya:

“Muhasabah diri, taubat pada Allah, doa dan minta ampun pada Allah sungguh-sungguh…”

Kerana, Imam Syafie berkata:

“Kalau kau tak terkesan dengan dakwah ku, hanya di sebabkan 2 perkara. Samada, hati AKU yang kotor, ataupun hati KAU yang kotor…”
(Imam Syafie)

Wallahua’lam.